KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan kajian impak secara menyeluruh sebelum membuat keputusan berhubung penganjuran Sukan SEA 2027.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan bagi menganjurkan temasya dwitahunan tersebut.
"Kabinet minta KBS mendapatkan lebih banyak maklumat penganjuran Sukan SEA 2027. Mesyuarat awal telah diadakan bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan esok kita akan berjumpa dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk mulakan perbincangan lihat apa kos yang akan kita hadapi jika anjurkan atau sebaliknya.
"Kementerian Kewangan minta untuk kaji betul-betul sebab tak nak bila kata nak anjur dua tiga tahun selepas itu duit tidak mencukupi dan perlu ditambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis 'Play True Day' antara KBS dan pemegang taruh utama di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini.
Hannah berkata pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaru berhubung penganjuran temasya tersebut selepas mengadakan perjumpaan dengan pemegang taruh terlibat.
Terdahulu dalam perkembangan sama, semua ahli gabungan MOM bersetuju menghantar satu resolusi kepada KBS untuk merayu kerajaan meneruskan penganjuran Sukan SEA 2027.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata ia berikutan wujudnya kebimbangan terhadap nasib temasya itu selepas kerajaan menolak tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 menggantikan penganjur asal, Victoria, Australia, bulan lepas.
Sebelum ini, Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) mahu supaya hak penganjuran itu diberikan kepada negara pernah dan mampu menjayakannya sebelum ini dengan Malaysia menyatakan minat berikutan pengunduran Brunei yang sepatutnya menganjurkan temasya sukan dwitahunan itu.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah temasya sukan itu adalah pada 2017.
Sukan SEA 2027 bakal menjadi kali ketujuh buat Malaysia sebagai tuan rumah selepas edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Hannah sweaktu berucap merasmikan Majlis 'Play True Day' antara KBS dan pemegang taruh utama di Axiata Arena Bukit Jalil di sini hari ini. - Bernama
UAE hantar 100 tan bantuan kemanusiaan ke Brazil
Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Sabtu telah menghantar pesawat bantuan pertama yang membawa 100 tan makanan, perubatan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa banjir dan hujan lebat yang melanda Brazil baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 400 maut susulan hujan lebat, banjir di Afghanistan
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Gunung Ibu meletus, tujuh kampung dipindahkan
Letusan gunung berapi di pulau terpencil Indonesia, Halmahera semalam yang memuntahkan awan abu kelabu ke langit memaksa penduduk tujuh kampung dipindahkan.
[TERKINI] Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
Serang balai polis: Henti kaitkan dengan kumpulan ekstremis, JI
Semua pihak perlu berhenti menyebar spekulasi liar mengaitkan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini dengan kumpulan ekstremis termasuk Jemaah Islamiyah (JI).
Beri lebih peruntukan kepada Selangor
Sany meminta agar kerajaan persekutuan memberikan lebih peruntukan kepada negeri Selangor, khususnya daerah-daerah yang sedang pesat membangun.
Percepat proses, kerja naik taraf jalan persekutuan
Kerja naik taraf yang sedang berjalan di Jalan Persekutuan dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras perlu mempunyai kesinambungan bagi memastikan keselesaan berterusan dan mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia, sejak satu setengah tahun lepas dilihat sebagai hab semikonduktor mikrocip di rantau Asia Tenggara menerusi banyak pelaburan daripada syarikat asing utama.
[TERKINI] Anggota MALBATT 850-11 meninggal dunia di Lubnan
Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL), Sarjan Faridah Abd Rahman telah disahkan meninggal dunia di Lubnan pada 18 Mei 2024 (Sabtu) jam 2.25 pagi waktu Lubnan atau jam 7.25 pagi
waktu Malaysia.
waktu Malaysia.
Johor tidak sepatutnya dibelenggu miskin tegar - Onn Hafiz
Kerajaan Johor menegaskan negeri ini sepatutnya tidak mempunyai rakyat yang dibelenggu kemiskinan tegar.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.